Carian
Stylus Samsung Galaxy Note 9 Disahkan Mempunyai Sokongan Bluetooth
July 4, 2018 Effi Saharudin

Ura-ura paling menarik mengenai Samsung Galaxy Note 9 ialah kemampuan stylus S-Pen yang dipertingkatkan. Ia dikhabarkan mempunyai sokongan Bluetooth bagi membolehkannya menjadi alat kawalan jauh dan mengawal pemain audio. Ura-ura ini telah disahkan selepas peranti melepasi ujian Bluetooth pihak FCC di Amerika Syarikat.

Stylus dengan nombor model EJ-PN960 diuji kerana menggunakan sistem Bluetooth LE 2.4GHz. Dalam senarai FCC, EJ-PN960 disenaraikan sebagai sebuah stylus. Pada waktu yang sama Note 9 menggunakan nombor model SM-N960 dan sekaligus mengesahkan EJ-PN960 ialah stylus untuk phablet terkini Samsung.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, S-Pen terkini mungkin akan akhirnya dilengkapi bateri seperti stylus ThinkPad Pen Pro. Teknologi Wacom AES akan digunakan dengan stylus dicaj semula setiap kali ia dimasukkan ke dalam tempat simpanan. Sejauh mana kebenaran ramalan kami ini akan terungkai pada pelancaran Note 9 tanggal 9 Ogos hadapan.

Komen