Cari @ Amanz

Samsung sedang menguji peranti baharu yang menggunakan sistem operasi Android Go. Markah penanda arasnya telah tertiris dan mengesahkan ia hanya dilengkapi memori sebesar 1GB RAM. Pada awalnya terdapat spekulasi ini peranti pertama sejak Galaxy Nexus yang menggunakan Android Asli.

Jangkaan ini mungkin meleset selepas rekaan peranti ini tertiris ke arena web. Ia dilihat masih lagi menggunakan pelancar Samsung Experience. Yang membezakannya dari peranti Samsung yang lain ialah kesemua aplikasi Google yang terpasang adalah versi Go yang memerlukan ruang serta RAM yang lebih kecil.

Pada waktu yang sama peranti menggunakan sistem navigasi atas skrin yang semalam ini hanya ditemui pada peranti kelas utama dan pertengahan keluaran mereka. Bilakah ia akan dilancarkan masih lagi menjadi tanda tanya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd