Pengeluaran SSD daripada syarikat-syarikat pembuat storan nampaknya semakin rancak ketika ini. Seagate, sebuah jenama storan digital terkemuka dilihat hadir dengan siri Seagate Barracuda baru khusus untuk SSD dengan jumlah storan yang cukup besar.
SSD Seagate Barracuda ini hadir dengan empat pilihan storan, termasuklah 250GB, 500GB, 1TB dan juga 2TB di dalam rangka 2.5 inci menggunakan sambungan data SATA III 6Gbps, dan menjanjikan kadar pembacaan data 560MB/s dan kadar penghantaran data 520MB/s.
Seagate berkata lagi bahawa SSD Seagate Barracuda ini bukan sahaja sesuai untuk meningkatkan prestasi komputer desktop, tetapi juga untuk laptop-laptop yang memerlukan storan pantas untuk sistem operasi dan juga perisian-perisian.
Buat masa ini, siri SSD Seagate Barracuda ini sudahpun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat, bermula dari harga $74.99 untuk model 250GB, sehingga $229.99 untuk model 2TB.