Cari @ Amanz

Baidu adalah “Google” di China. Baik dari enjin carian sehinggalah pelbagai perkhidmatan awan. Terbaru, pihak Baidu telah menghasilkan Kunlun – iaitu cip kecerdasan buatan pelbagai.

Ini bukanlah pertama kali Baidu menghasilkan cip “pintar”. Pada tahun 2011, mereka pernah menghasilkan field-programmable gate array (FPGA) – iaitu cip pembelajaran mesin. Menurut Baidu, cip Kunlun ini mampu memintas kelajuan cip FPGA sebanyak 30 kali ganda. Secara terus boleh mencapai 260 tera-operasi per saat dan kelajuan pada 512GB per saat.

Terdapat dua model cip yang dihasilkan iaitu model 818-300 yang memfokuskan kecerdasan buatan dan model 818-100 adalah untuk kajian. Lebih menarik, cip Kunlun ini turut akan menguasakan Apolong – iaitu bas swapandu di China yang akan mula beroperasi pada awal tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd