Cari @ Amanz

Di acara Consumer Electronics Show di Las Vegas, Intel dilihat mengumumkan siri CPU Intel Core G, yang dinamakan Intel Core i7-8705G yang menggabungkan kuasa pemprosesan komputer Intel dan juga pemprosesan grafik dari AMD.

Dell merupakan salah sebuah jenama pembuat komputer dan laptop yang menyatakan bahawa mereka akan hadir dengan CPU ini melalui laptop Dell XPS 15, dan nampaknya laptop tersebut sudahpun memasuki pasaran Malaysia tanpa sebarang acara pelancaran.

Dell XPS 15 2-dalam-1

Dell XPS 15 ini juga ialah sebuah laptop 2-dalam-1 yang boleh dilipat menjadi sebuah tablet, dan ia hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi, Dell XPS 15 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8705G, memori sebanyak 16GB dan storan SSD M.2 PCIe sebesar 512GB. Bahagian grafik laptop ini pula digerakkan oleh GPU AMD Radeon RX Vega 870 dengan memori HBM sebanyak 4GB yang terbina didalam CPU tersebut.

Dell XPS 15 2-dalam-1

Laptop Dell XPS 15 ini sudahpun boleh dibeli di laman web Dell Malaysia pada harga RM8888. Mereka yang berminat bolehlah ke laman web tersebut untuk membelinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd