OnePlus 5 adalah telefon pintar kelas utama OnePlus pada tahun 2017. Ia dijana dengan cip Snapdragon 835 dan model OnePlus pertama dengan penggunaan dwi-kamera. Manakala, OnePlus 5T pula adalah model kemaskini dengan rekaan nirbingkai. Kedua-dua peranti ini kini menyokong Project Treble melalui OxygenOS Beta Terbuka 11 Dan 13.
Project Treble adalah sistem baru dalam barisan kod Android. Melalui Project Treble – penerimaan kemaskini sesebuah peranti adalah lebih pantas. Ia turut boleh menyokong kemaskini “Seamless Update” jika pengeluar mengimplementasikannya.
Untuk OnePlus 5/5T, berikut adalah perkara baru dalam OxygenOS beta terbuka 11 dan 13:
Sistem
- Antaramuka baharu
- Sokongan Menukar Warna Tema
- Sokongan Project Treble
Pelancar
- Menambahbaik carian dalam laci aplikasi
- Menambah kategori “New Installs” dalam laci aplikasi
- Menambahbaik senarai aplikasi dalam ruang rahsia dan tetapan
Telefon
- Pengoptimasian logik kenalan
Weather
- Rekaan dan pengalaman penggunaan yang lebih baik
- Semua ramalan cuaca diintegrasikan dalam satu halaman dan memberi pengalaman yang imersif.
Anda boleh dapatkan kemaskini ini untuk peranti anda dengan muat turun melalui pautan di bawah. Atau tunggu OTA jika anda sudah pun menjalankan versi beta terbuka yang sebelumnya.