Uber Dikatakan Bakal Bergabung Dengan Syarikat Perkongsian Kenderaan Careem Di Rantau Timur Tengah

Uber Dikatakan Bakal Bergabung Dengan Syarikat Perkongsian Kenderaan Careem Di Rantau Timur Tengah

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Pada penghujung tahun lepas sehingga pertengahan tahun ini, Uber dilihat menjual pegangan-pegangan mereka di pelbagai rantau, termasuklah di Asia Tenggara, China dan juga Russia. Ini kebarangkalian kerana syarikat tersebut merasakan bahawa mereka berkembang dengan terlalu pesat, dan pesaing-pesaing mereka di rantau-rantau tersebut dilihat memakan pasaran mereka.

 

Terkini, Uber dikatakan bakal bergabung dengan sebuah lagi syarikat perkongsian kenderaan yang dinamakan Careem, tetapi apa yang menarik di sini ialah gabungan tersebut dikatakan akan melihat Uber membeli pegangan Careem, dan bukan sebaliknya.

 

Apa yang menarik ialah Careem dilihat sedang berkembang pesat di rantau Timur Tengah, dan mereka sedang berbincang dengan para pelabur untuk mendapatkan pelaburan wang sebanyak $500 juta untuk perkembangan tersebut.

Buat masa ini, pihak Uber dan juga Careem tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gabungan ini, tetapi telah berkata bahawa kedua-dua syarikat tersebut memang sedang berbincang mengenai sesuatu.

 

Jika desas-desus mengenai gabungan ini adalah benar, ini cukup menarik kerana Uber ialah sebuah syarikat yang dilihat sedang mengetatkan operasi mereka, manakala Careem ialah sebuah platform yang kini berada di 70 bandar dan 10 buah negara di rantau Afrika dan juga Timur Tengah.


TIPS & ULASAN