Berjaya Group Dan Razer Bekerjasama Untuk Memasukkan RM10 Untuk Setiap Transaksi Razer Pay Ke Dalam Tabung Harapan Malaysia Sehingga RM5.0 Juta

Berjaya Group Dan Razer Bekerjasama Untuk Memasukkan RM10 Untuk Setiap Transaksi Razer Pay Ke Dalam Tabung Harapan Malaysia Sehingga RM5.0 Juta

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Bersempena dengan aplikasi dompet digital Razer Pay yang berlangsung pada hari ini, Tan Sri Vincent Tan berkata bahawa syarikat Berjaya Group berhasrat untuk memasukkan dana bantuan ke dalam Tabung Harapan Malaysia.

Menurut Vincent Tan dan Tan Min-Liang, Berjaya Group akan memasukkan RM10 untuk setiap transaksi yang dibuat menggunakan aplikasi Razer Pay di kedai-kedai ataupun servis atas talian yang disokong.

Vincent Tan berkata ini adalah salah satu cara untuk beliau dan Berjaya Group untuk memberi balik kepada negara, dan bermula hari ini (4 Julai 2018) sehingga 30 September 2018, setiap transaksi Razer Pay ini akan dikira untuk dimasukkan ke dalam Tabung Harapan.

Untuk menunjukkan ketelusan, orang ramai boleh melihat jumlah yang akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut melalui aplikasi Razer Pay secara langsung.

Vincent Tan berkata lagi bahawa dana ini akan dihadkan kepada 500 ribu transaksi, ataupun RM5.0 juta pada penghujung bulan September kelak.


TIPS & ULASAN