Carian
Beli Tikat Wayang Pada Harga RM7 Menerusi Promosi Dompet Digital Touch ‘n Go
July 4, 2018 Effi Saharudin

Penggunaan aplikasi dompet digital untuk pembelian secara nirtunai di Malaysia semakin mendapat sambutan di Malaysia. Touch ‘n Go memperkenalkan dompet digital mereka Mac lalu dan boleh digunakan untuk menaiki pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Kini anda turut boleh membeli tiket wang menggunakannya.

Touch N GoPada 7 Julai ini anda boleh menggunakan dompet digital Touch ‘n Go untuk membeli tiket wayang pada harga hanya RM 7. Promosi hanya sah untuk pembelian tiket tayangan sebelum jam 7 malam di 7 panggung wayang terpilih Tanjung Golden Village. Panggung wayang tersebut adalah TGV Suria KLCC Kuala Lumpur, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre Klang, Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur, Jaya Shopping Centre Petaling Jaya, AEON Bukit Indah Shopping Centre Johor, AEON Station 18 Ipoh dan Gurney Paragon Mall Penang.

Pembelian walau bagaimanapun hanya sah untuk filem yang ditayangkan di panggung Standard dan tidak sah untuk IMAX, Beanie, Indulge dan Luxe. Pada waktu yang sama tawaran terhad kepada 10,000 pelanggan pertama. Muat turun aplikasi dompet digital Touch ‘n Go menerusi pautan di bawah.

Komen