Carian
Pengimbas Cap Jari Yang Mengesan Suhu Bagi Memastikan Pengguna Masih Hidup Telah Dihasilkan
July 4, 2018 Effi Saharudin

Terdapat beberapa kes dimana jari penjenayah yang telah meninggal dunia digunakan bagi menyahkunci telefon pintar mereka. Sekiranya anda tergolong di dalam kumpulan yang tidak mahu ini berlaku selepas anda mati, sebuah pengimbas cap jari berteknologi baharu telah dibangunkan oleh penyelidik di Samsung Display- UNIST Center (Ulsan National Institute of Science and Technology) Korea Selatan.

Pengimbas cap jari ini mampu mengesan suhu kulit dan juga tekanan. Ia mampu mengesan suhu di antara 30 hingga 45 darjah Celsius, Ini ialah baik untuk mengesan suhu manusia normal sekitar 37 darjah Celsius. Sesuai dengan kehendak pasaran, pengimbas ini lutcahaya dan membolehkannya digunakan secara terbina di dalam skrin.

Pengesan tekanan pula memastikan jari tidak dipaksa pada pengimbas dalam situasi kecemasan atau jari dipotong selepas pemilik dibunuh.

Sistem sekuriti pada peranti semakin canggih dengan peningkatan kepentingan peranti dalam kehidupan seharian. Ada pengeluar yang mempertaruhkan keselamatan peranti dengan sistem imbasan wajah tetapi sistem terbaru ini memastikan privasi akan terpelihara selepas kematian.

Jadi bilakah ia akan digunakan di dunia sebenar? Tiada maklumat diberikan buat masa ini kerana kajian masih diteruskan. Yang pasti ia besar kemungkinan akan hadir pada peranti Samsung terlebih dahulu.

Komen