Huawei Hadir Dengan Gambar Acah Memperlihatkan Rekaan Nova 3 – Mengesahkan Kamera 24MP

Huawei Hadir Dengan Gambar Acah Memperlihatkan Rekaan Nova 3 – Mengesahkan Kamera 24MP

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Huawei hari ini telah hadir dengan sebuah gambar acah khusus untuk telefon pintar Nova 3 mereka yang akan datang, sekaligus memperlihatkan rekaan peranti berkenaan secara kasar.

Huawei Nova 3

Melalui rekaan yang dipertontonkan, ia hadir dengan skrin bertakuk pada bahagian hadapan, selain penggunaan dwi-kamera dibelakang, serta pengimbas cap jari dibelakang.

Gambar acah terbaru ini turut mengesahkan penggunaan kamera 24-megapixel yang dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan.

Melalui maklumat tertiris sebelum ini, telefon pintar ini dijangka hadir dengan skrin 6.3-inci, memori sehingga 6GB RAM, dan mungkin dijana cip Kirin 970.

Huawei dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru ini pada 18 Julai kelak – dimana kita akan mengetahui lanjut mengenainya ketika itu.


TIPS & ULASAN