(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri 4000mAh

(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Bateri 4000mAh

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note merupakan salah satu siri peranti yang mempopularkan penggunaan skrin bersaiz besar pada telefon pintar. Untuk tahun ini, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Note 9 pada 9 Ogos kelak.

Selari dengannya, beberapa desas-desus baru hadir. Selain berkenaan dengan S-Pen, kini beberapa ura-ura mengatakan Galaxy Note 9 mungkin hadir dengan bateri 4000mAh. Sekiranya hal ini benar, maka secara tidak langsung, ini akan menawarkan masa penggunaan peranti yang lebih lama – sehingga dua hari lamanya. Versi sebelum ini hanya hadir dengan bateri 3300mAh sahaja.

Pada masa yang sama, ramai yang masih tertanya-tanya mengenai bagaimanakah sokongan pengecasan pantas yang akan hadir pada telefon pintar baru ini. Sekiranya ia masih menggunakan piawaian lama, maka ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk pengecasan memandangkan kapasiti baterinya yang lebih besar.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Galaxy Note 9 ini.


TIPS & ULASAN