Honor Note 10 Bakal Dilancarkan – Disahkan Oleh Presiden Honor

Honor Note 10 Bakal Dilancarkan – Disahkan Oleh Presiden Honor

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Honor adalah sub-jenama daripada Huawei. Kesemua peranti pintar mereka menjalankan sistem operasi Android dengan antaramuka EMUI. Mereka turut mempunyai siri phablet mereka sendiri iaitu Honor Note. Siri Note terakhir adalah Honor Note 8. Terbaru, yang bakal dilancarkan adalah Honor Note 10.

Informasi ini diterima melalui laman Weibo rasmi presiden Honor – Zhao Ming. Beliau mengatakan, ia mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan peranti ini – disebabkan itu tiada Honor Note 9 dilancarkan. Selain itu menurut sumber, Honor Note 10 ini mungkin akan menggunakan panel 6.9-inci AMOLED daripada Samsung. Ini kerana pernah tertiris sebelum ini, pihak Honor telah menempah panel ini tetapi sehingga kini tidak kelihatan mana-mana peranti Honor yang menggunakannya.

Jika Honor Note 10 ini adalah seperti Honor Note 8 pada tahun 2016 – ia akan dijana dengan cip Hisilicon Kirin kelas utama. Tiada informasi lain mengenai phablet ini – tetapi ia mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN