Cari @ Amanz

Pop-Up iklan yang membuka tetingkap dengan sendiri apabila menekan pautan muat turun adalah satu perkara yang menjengkelkan. Lebih menyakitkan apabila satu laman web sahaja, boleh mengeluarkan lebih dari dua pop-up. Terikini menurut laman winfuture.de – hanya pelayar web Microsoft iaitu Internet Explorer dan Microsoft Edge sahaja yang tidak terdedah kepada pop-up iklan ini.

 

Pop-Up iklan ini kebiasaannya digunakan oleh para penipu dalam talian untuk memancing pengguna memuat turun, daftar atau beli sesuatu yang tidak betul. Secara terus mereka boleh mencuri data peribadi pengguna.

Sebelum ini Google Chrome untuk desktop turut tidak terdedah pada versi 65 yang dilancarkan bulan Mac lepas. Tetapi selepas kemaskini versi 67 – pop-up ini hadir kembali. Menjadikan masalah untuk Chrome adalah apabila menggunakan pemalam seperti Ad-Block, ia masih tidah boleh dibendung dan iklan yang menjengkelkan ini tetap akan hadir.

Jadi, jika anda tidak ingin isu ini berlaku – anda boleh gunakan Microsoft Edge untuk pelayar web yang lebih moden. Atau gunakan sahaja Internet Explorer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd