Cari @ Amanz

Wear OS adalah sistem operasi berasaskan Android untuk jam tangan pintar. Ia adalah penjenamaan semula daripada Android Wear. Terkini, Google mempatenkan sistem penjejak kesihatan untuk Wear OS yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.

Cara sistem kecerdasan buatan ini berfungsi adalah – jika pengguna mempunyai mesyuarat penting dalam masa satu jam lagi, Wear OS akan mencadangkan cara yang sihat untuk pergi ke lokasi mesyuarat tersebut. Wear OS akan mencadangkan untuk pengguna berjalan kaki, kayuh basikal, menaiki bas atau juga memandu. Ia turut memaklumkan pengguna, jika memandu dan sesak di dalam trafik akan menjadikan degupan jantung lebih tinggi.

Perkara ini boleh dilakukan dengan sistem Wear OS ini membaca informasi pengguna seperti data lokasi, kalendar, matlamat kecerdasan, dan sebagainya.

Tidak pasti bila Google akan mengimplementasikan fungsi ini. Sememangnya ini adalah satu perkara yang menarik. Jika fungsi ini hadir, saya pasti akan menggunakan jam tangan Wear OS dan akan lebih sihat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd