Oppo Find X Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Julai

Oppo Find X Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Julai

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Bagi mereka yang menantikan kemunculan peranti Oppo Find X dengan kamera yang boleh disorokkan, penantian anda akan berakhir pada 17 Julai hadapan. Oppo Malaysia baru sahaja mengesahkan tarikh pelancaran peranti dengan spesifikasi tinggi ini sebentar tadi.

Oppo Find X dilengkapi 6.4-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan 128/256GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera swafoto 25 Megapixel dan bateri sebesar 3730mAh yang boleh dicas pantas melalui sokongan pengecasan VOOC.

Di China peranti ini telah dilancarkan pada harga bermula dari RMB 4999 (~RM 3043) sebuah. Bagaimana dengan pembaca Amanz adakah anda teruja dengan pelancarannya kelak?


TIPS & ULASAN