Samsung Malaysia Membuka Kedai Atas-Talian Rasmi Untuk Jualan Peranti Pintar

Samsung Malaysia Membuka Kedai Atas-Talian Rasmi Untuk Jualan Peranti Pintar

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Telefon pintar Samsung telah lama dijual di Malaysia. Tetapi untuk membelinya anda perlu ke kedai fizikal atau portal khas di kedai atas-talian seperti Lazada. Hari ini mereka akhirnya secara rasmi membuka kedai atas-talian untuk jualan peranti-peranti pintar.

Sempena pelancarannya, Samsung menawarkan sebuah powerbank percuma bernilai RM249 dengan setiap pembelian telefon pintar dan tablet menerusi kedai atas-talian. Buat masa ini pengguna di Malaysia hanya boleh membeli telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan penjejak kesihatan menerusi kedai atas talian ini.

Aneh sekali aksesori seperti kerangka, pengecas dan stylus tidak pula ditawarkan. Kelebihan membeli menerusi Samsung setakat ini ialah kos penghantaran percuma. Untuk melawati kedai atas-talian Samsung, sila ke pautan di bawah.

Lawati kedai atas-talian rasmi Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN