Beg Udara PaQ Memastikan Barang Di Dalam Bagasi Tidak Berterabur Dalam Perjalanan

Beg Udara PaQ Memastikan Barang Di Dalam Bagasi Tidak Berterabur Dalam Perjalanan

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Sebagai wartawan teknologi, melakukan tugasan ke luar negara adalah perkara yang kerap berlaku. Setiap kali bagasi dimasukkan ke dalam ruangan kargo, timbul kerisauan ia hilang ketika transit, barangan dicuri dan akhir sekali kandungan berterabur apabila dibuka di hotel. Mee segera yang dibeli menjadi serbuk oleh sebab ini. Bagi mereka yang mahu memastikan kandungan beg tidak berterabur dalam perjalanan PaQ telah dihasilkan.

Ia adalah sistem beg udara yang dimasukkan ke dalam beg selepas kesemua barang telah disimpan. Udara akan dipam ke dalam pundi udara getah PaQ sehingga sistem mengesan tekanan yang mencukupi dan memastikan sistem pengepam.

Pundi udara ini mempunyai kapasiti sehingga 10 liter.Ini akan mengisi ruang kosong yang menyebabkan barang di dalam beg tunggang terbalik atau botol shampoo pecah ketika dalam perjalanan.Ia turut memberikan notifikasi apabila ia sudah berada di tempat pengambilan bagasi di lapangan terbang.

PaQ hanya menggunakan dua bateri sebesar AA jadi tiada masalah ia melanggar halangan bateri Li-Ion di dalam ruangan kargo yang dikenakan oleh syarikat penerbangan. Dengan berat hanya 218 gram, anda juga tidak perlu risau ia menyebabkan anda perlu membayar caj berat beg berlebihan. Ciptaan menarik ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh ditempah pada harga hanya AUD 39 (~RM 117) sebuah,


TIPS & ULASAN