Carian
Oppo Mempatenkan Peranti Boleh Lipat Dengan Beg Udara Terbina
July 5, 2018 Fahim Zahar

HuaweiApple, LGMicrosoft dan Samsung adalah syarikat yang telah mempatenkan peranti dengan skrin yang boleh lipat. Tidak lupa juga, Oppo sebelum ini turut dilaporkan melakukan perkara yang sama. Peranti boleh lipat ini mungkin akan jadi trend tahun hadapan selepas penggunaan skrin nirbingkai.

Lebih menarik sekali adalah, paten peranti Oppo ini hadir dengan beg udara terbina. Peranti Oppo ini mempunyai rekaan yang hampir sama dengan peranti boleh lipat yang klasik, di mana apabila dilipat skrin adalah di dalam. Beg udara ini dipatenkan bagi melindungi skrin fleksibel peranti. Beg udara ini mula berfungsi apabila peranti dibuka dan berfungsi sebagai “kusyen” bagi ia selari antara skrin pertama dan kedua.

Lebih menarik sekali adalah, Oppo turut mempatenkan dua lagi peranti boleh lipat yang lain. Peranti Oppo yang kedua ini hadir dengan tiga skrin. Skrin pertama dan kedua adalah di hadapan dan dibelakang, manakal yang ketiga dilipat pada skrin kedua. Apabila ia dibuka dan ditarik ia akan jadi sebuah tablet.

Peranti yang terakhir pula adalah seakan iklan Samsung beberapa tahun lepas. Di mana daripada sebuah telefon pintar, dibukan dan terus menjadi sebuah tablet.

Oppo sudah banyak mempatenkan rekaan peranti boleh lipat ini. Yang menjadi tanda tanya, yang mana satukah rekaan yang bakal dilancarkan?

Komen