Nokia 6.1 Dan 8110 4G Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 6 Julai Pada Harga Bermula Dari RM 285

Nokia 6.1 Dan 8110 4G Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 6 Julai Pada Harga Bermula Dari RM 285

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Telefon pintar Nokia 6.1 dan telefon penghasilan semua model klasik Nokia 8110 4G diperlihatkan secara rasmi ketika acara MWC 2018 yang berlangsung Februari yang lalu. Kedua-dua peranti akan akhirnya akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia bermula esok, 6 Julai 2018. Seperti kami laporkan sebelum ini. Nokia 6.1 dijual pada harga RM 1100 manakala Nokia 8110 4G dijual pada harga RM 285.

Nokia 6.1  hadir dengan skrin 5.5-inci pada paparan resolusi HD penuh, dijana cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh.

Nokia 8110 4G pula dilengkapi skrin 2.5″ QVGA, pemproses 1.1 GHz dua teras Qualcomm 205, memori sebesar 512 MB, storan sebesar 4GB, kamera sebesar 2-Megapixel dan bateri sebesar 1500 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah KaiOS. Seperti 8110 asal. versi moden ini turut mempunyai rekaan melengkung seperti pisang dan gagang mulut yang melungsur ke bawah.


TIPS & ULASAN