Cari @ Amanz

Arena permainan mudah-alih (permua) semakin popular pada masa kini. Terdapat sejumlah pengeluar peranti yang telah hadir dengan telefon pintar memfokuskannya, termasuk Asus, Xiaomi, Razer dan juga Honor.

Hari ini, pada acara media khas bersama pihak Huawei, Jim Xu (Presiden Pemasaran dan Jualan Huawei) mengesahkan yang mana Huawei turut sedang membangunkan sebuah telefon pintar memfokuskan permua.

Telefon pintar memfokuskan permua daripada Huawei ini dijangka hadir pada tahun ini, dan dikatakan bakal menyertakan skrin bersaiz sedikit besar. Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini. Tetapi mungkin kita boleh melihat ia memfokuskan kepada sejumlah ciri-ciri multimedia, termasuk bateri berkapasiti tinggi.

Selain daripada telefon memfokuskan permua ini, pihak Huawei juga turut mengatakan yang mana mereka menawarkan ciri GPU Turbo yang membawa pengalaman permainan yang lebih lancar dan berkuasa. Ia akan hadir melalui kemaskini perisian untuk sejumlah peranti sedia ada dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd