Google Membuka Pendaftaran Untuk Pembangun Malaysia Menyertai “Indie Games Accelerator”

Google Membuka Pendaftaran Untuk Pembangun Malaysia Menyertai “Indie Games Accelerator”

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Di Malaysia, terdapat sejumlah pembangun bebas yang membangunkan permainan ringkas untuk peranti mudah-alih. Kini, Google ingin membantu para pembangun bebas dalam terus kembangkan pengetahuan dan menjana pendapatan dengan lebih baik lagi, Google hadir dengan program yang dinamakan sebagai Indie Games Accelerator.

Google Indie Games

Dibuka untuk pembangun bebas dari Malaysia, anda akan berpeluang melalui bootcamp eksklusif di Singapura – dimana anda akan menerima khidmat nasihat dan bantuan daripada mereka-mereka yang pakar daripada Google dan industri berkaitan.

Google turut mengatakan pembangun terpilih yang melalui program khusus ini akan turut berpeluang untuk menerima kredit Google Cloud, selain aplikasi atau permainan mereka dipertontonkan di Google Play Store.

Bagi anda yang merupakan pembangun bebas, anda boleh mencuba nasib dengan menghantar permohonan anda menyertai Indie Games Accelerator ini hari ini.

Layari : Indie Games Accelerator


TIPS & ULASAN