Carian
Facebook Mendapat Hak Penyiaran EPL Di Kemboja, Laos, Thailand, Dan Vietnam
July 6, 2018 Effi Saharudin

Liga Perdana Inggeris ataupun lebih dikenali sebagai EPL ialah liga dengan jumlah tertinggi di dunia. Di Asia Tenggara ramai mengaku mereka adalah penyokong tegar pasukan hebat seperti Liverpool, Chelsea dan Brighton & Hove Albion. Hak penyiaran siaran langsung dibida pada harga yang tinggi oleh penyiar. Di Kemboja, Laos, Thailand, Dan Vietnam, Facebook kini memegang hak penyiarannya untuk musim 2019-2022.

Menurut laporan The Times, Facebook mengalahkan BeIn Sports dan Fox Sports Asia dengan bidaan bernilai sekitar £200 juta (~RM 1.07 bilion). Di empat negara tersebut, Facebook bakal menayangkan 380 perlawanan secara langsung menerusi platform mereka. Pihak EPL turut dilaporkan sedang melakukan perbincangan dengan YouTube dan Netflix untuk menawarkan penstriman menerusi dua platform video popular ini.

Tabiat pengguna yang tidak lagi menonton televisyen mula memberikan kelebihan kepada platform penstriman video. Di Malaysia Astro yang memegang hak penyiaran EPL sudah menawarkan penstriman menerusi aplikasi Asto GO mereka sejak beberapa musim yang lalu. Hak penstriman liga bola sepak tempatan pula dipegang oleh iFlix sejak tahun ini.

Komen