Nokia 8110 4G Akan Menerima Sokongan Aplikasi WhatsApp

Nokia 8110 4G Akan Menerima Sokongan Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Nokia 8110 4G memasuki pasaran Malaysia semalam pada harga RM285. Ia sebuah peranti asas yang menggunakan sistem operasi KaiOS. Ketika majlis pelancarannya Februari lalu. ramai bertanyakan mengenai sokongan aplikasi WhatsApp kerana ia hadir dengan aplikasi Facebook secara terpasang. Hari ini sokongan WhatsApp disahkan bakal hadir menerusi kicauan yang dihantar oleh Juho Sarvikas, CEO HMD Global.

Selain WhatsApp dan Facebook, telefon mudah alih ini turut mempunyai sokongan aplikasi Youtube, Twitter, Google Maps, Google Asssitant dan Google Search. Walaupun ia bukan sebuah peranti pintar, ia masih mempunyai aplikasi yang kini dianggap perlu bagi kebanyakan pengguna.


TIPS & ULASAN