LG Mempatenkan Stylus Dengan Skrin Bergulung Dan Boleh Menjadi Gagang Telefon
LG

LG Mempatenkan Stylus Dengan Skrin Bergulung Dan Boleh Menjadi Gagang Telefon

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Stylus di pasaran buat masa ini mempunyai fungsi terhad sekarang pengganti jari untuk digunakan pada skrin peranti. Stylus asas hanya mengesan sentuhan manakala stylus lebih canggih mampu mengesan tekanan dan sudut sendeng ketika digunakan. LG mempunyai beberapa idea menarik bagaimana stylus bakal berevolusi di masa hadapan.

Mereka mempatenkan sebuah stylus yang mempunyai skrin terbina. Skrin ini boleh memaparkan pintasan kepada aplikasi yang ingin digunankan dengan sokongan sesentuh. Sebuah lagi paten menunjukkan stylus dengan skrin yang boleh ditarik keluar dan digulung semula seperti sebuah peranti pintar.

Apabila ditambat pada peranti, stylus yang sama boleh digunakan sebagai gagang telefon. Secara teorinya panggilan telefon dilakukan menerusi stylus dan tetapi peranti masih boleh berfungsi untuk mencatat nota atau menggunakan aplikasi pilihan.

Akhir sekali stylus ini boleh digunakan pada mana-mana permukaan. Apabila digunakan pada permukaan rata misalnya, apa yang ditulis akan tersimpan terus di dalam peranti pintar. Ini sama seperti sistem pena pintar Wacom Bamboo Spark. Kesemua paten yang difailkan ini menarik tetapi tidak semetinya akan wujud di dunia sebenar kerana kekangan teknologi.


TIPS & ULASAN