iPhone 8 Dan Galaxy S9+ Adalah Telefon Pintar Dengan Jualan Tertinggi Di Dunia Pada Bulan Mei 2018

iPhone 8 Dan Galaxy S9+ Adalah Telefon Pintar Dengan Jualan Tertinggi Di Dunia Pada Bulan Mei 2018

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Apakah telefon pintar yang paling popular di dunia? Jawapan kepada soalan ini berubah-ubah mengikut bulan tetapi secara lazimnya telefon yang terkini akan dijual pada jumlah tertinggi. Menurut laporan Counterpoint, pada bulan Mei 2018 iPhone 8 dan Samsung Galaxy S9+ mencatatkan jualan tertinggi masing-masing dengan pegangan 2.4% pasaran.

Ini diikuti rapat oleh iPhone X (2.3%) , Xiaomi Redmi 5A (2.2%), iPhone 8  Plus (2.1%) dan Galaxy S9 (2.1%). Berbeza dengan pengguna Samsung, pengguna iPhone lebih menggemari peranti dengan saiz skrin lebih kecil. Jualan Xiaomi Redmi 5A boleh dibanggakan kerana ia satu-satunya permulaan di dalam senarai lima dengan jualan tertinggi. Adakah peranti yang anda gunakan sekarang termasuk di dalam senarai jualan tertinggi sepanjang bukan Mei?


TIPS & ULASAN