Carian
Huawei Talkband B5 Tertiris – Meneruskan Tradisi Gabungan Gelang Tangan Dan Fon Telinga
July 6, 2018 Fahim Zahar

Selain daripada menghasilkan telefon pintar, Huawei juga turut menghasilkan peranti boleh pakai. Huawei Talkband adalah penjejak kesihatan dengan fon telinga terbina. Model terakhir mereka iaitu Talkband B3 sudah pun mencecah lebih dua tahun dan kini terdapat ura-ura mengenai Talkband B5.

Melalui info yang dikongsikan oleh @evleaks memperlihatkan Huawei Talkband B5 dengan pilihan tali jam premium seperti gabungan logam dan kulit. Seperti model Talkband terdahulu, ia mungkin akan mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Talkband terdahulu – penjejak kesihatan, membuat panggilan, menerima notifikasi dan juga sokongan perlindungan air dan debu IP67. Pengguna juga turut boleh menanggalkan ia dan menggunakan sebagai fon telinga untuk menjawab panggilan atau mendengar lagu.

Berdasarkan imej tertiris tersebut, ia mencadangkan Talkband B5 ini mungkin dilancarkan pada 9 Julai 2018.

Komen