Samsung Dianugerahkan Paten Sistem Imbasan Wajah Tiga Dimensi

Diterbitkan pada July 6, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem imbasan wajah secara tiga dimensi buat masa ini hanya ditemui pada iPhone X, Oppo Find X dan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Ia mempunyai sistem keselamatan yang lebih tinggi berbanding imbasan dua dimensi yang boleh dipintas menggunakan gambar pengguna. Samsung mungkin akan menggunakan sistem ini pada peranti utama mereka selepas paten sistem imbasan wajah tiga dimensi yang difailkan pada tahun 2014 akhirnya dianugerahkan kepada mereka.

Perbezaan sistem Samsung ini ialah ia hanya memerlukan dua kamera dan satu pemancar infra kamera. Pada sistem Face ID, satu kamera digunakan bersama kamera infra merah, pemancar titik dan pemancar limpah. Kedua-dua sistem boleh digunakan dalam keadaan gelap serta mengesan pergerakan dan menjejak pergerakan anak mata. Besar kemungkinan dengan penganugerahan paten ini, ura-ura sistem imbasan tiga dimensi pada Samsung Galaxy S10 bakal menjadi realiti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami