Robot yang kebiasaannya menggunakan kamera sebagai mata untuk melihat. Tetapi, bahagian robotik di MIT – berjaya menghasilkan sebuah robot yang melihat menggunakan algoritma sahaja.
Cheetah 3 adalah sebuah robot yang boleh melihat tanpa menggunakan kamera. Jika anda lihat daripada video- rekaannya seakan Spot Mini daripada Boston Dynamics, cuma Spot Mini menggunakan kamera untuk sebagai mata.
Ia boleh mengemudi dengan mengesan persekitaran menggunakan hanya algoritma yang diprogramkan. Robot ini boleh menaiki tangga, melompat, berjalan, dan juga kembali kepada kedudukan asal sekiranya ditolak. Menurut MIT, robot seperti ini dihasilkan untuk tujuan meneroka di luar keupayaan manusia.