Samsung Galaxy S9/S9+ Kini Boleh Didapati Dalam Pilihan Warna Emas

Samsung Galaxy S9/S9+ Kini Boleh Didapati Dalam Pilihan Warna Emas

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan yang mana pengguna tempatan boleh mendapatkan telefon pintar Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+ dalam pilihan warna emas – atau nama komersialnya, Sunrise Gold Edition.

Samsung Galaxy S9 Sunrise Gold

Seperti ramai sedia maklum, siri Galaxy S9 merupakan telefon pintar mercu terkini untuk tahun 2018. Ia hadir dengan rekaan nirbingkai, dan memfokuskan kepada keupayaan kameranya yang hadir dengan aperture boleh-laras untuk rakaman yang lebih cantik dan jelas.

Galaxy S9/S9+ juga turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan AR Emoji yang membolehkan anda menghasilkan gambar animasi tersendiri untuk dikongsikan melalui pelbagai perkhidmatan permesejan dan media sosial.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy S9 pada harga RM3109 hari ini, sementara Galaxy S9+ pada harga RM3579.


TIPS & ULASAN