Cari @ Amanz

Android P adalah sistem operasi Android terbaru daripada Google. Semasa acara Google I/O 2018 beberapa bulan lepas, sejumlah ciri dan fungsi menarik telah diperkenalkan. Antaranya adalah “Overview” – dan ciri ini tidak boleh digunakan pada Pixel 2016.

“Overview” adalah fungsi di mana dalam recent apps pengguna boleh menyalin teks yang tertera dalam aplikasi atau juga menyimpan gambar. Fungsi ini mula tidak boleh digunakan pada Pixel dan Pixel XL selepas kemaskini Android P percubaan pembangun keempat. Selepas beberapa pengguna melaporkan isu ini, changelog daripada Issue Tracker mengesahkan fungsi ini hanya boleh digunakan pada Pixel 2dan ke atas sahaja.

Sedikit kecewa, kerana fungsi unik ini dihadkan untuk pengguna asal Pixel. Google kini dilihat semakin mengikuti jejak langkah Apple – sebelum ini rekaan antaramuka Android P yang seakan iOS dan kini ciri/fungsi yang dihadkan untuk model lama peranti keluaran sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd