Oppo Mengemaskini Harga Jualan F5, F7 128GB Dan A83 – Bermula Dari RM 699

Oppo Mengemaskini Harga Jualan F5, F7 128GB Dan A83 – Bermula Dari RM 699

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Pada bulan Jun yang lalu kesemua harga jualan peranti pintar di Malaysia dikurangkan kerana tiada lagi caj GST. Hari ini Oppo mengemaskini lagi harga tiga peranti iaitu Oppo A83, Oppo F5 dan Oppo F7 128GB. Harga jualan Oppo A83 kini RM699, Oppo F5 kini RM999 dan Oppo F7 128GB kini RM1599.

Oppo F5 dilengkapi skrin 6-inci, cip MediaTek MT6763T, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-SIM, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Oppo A83 pula dilengkapi skrin 5.7-inci pada nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip MediaTek P23, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri berkapasiti 3180 mAh.

Akhir sekali Oppo F7 128GB hadir menggunakan skrin 6.23-inci dengan rekaan bertakuk, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, kamera hadapan 25-megapixel untuk rakaman swafoto, kamera utama 16-megapixel di bahagian belakang dan bateri berkapasiti 3400mAh.


TIPS & ULASAN