Samsung Galaxy A6 Dan A6+ Menerima Potongan Harga – Kini Bermula RM999
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy A6 Dan A6+ Menerima Potongan Harga – Kini Bermula RM999

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Samsung Galaxy A6 dan A6+ telah pun dilancarkan pada bulan Mei lepas di Malaysia. Ia dijual pada RM1099 untuk Galaxy A6 dan RM1399 untuk A6+. Bermula hari ini, kedua-dua peranti ini menerima potongan harga sebanyak RM100.

 

Galaxy A6 kini bernilai RM999, manakal A6+ pula adalah RM1299. Lebih menarik, dengan potongan harga ini – Samsung memberi kad mikroSD sebesar 32GB secara percuma. Selain itu, Samsung turut menawarkan tukar-ganti peranti lama dengan nilai bermula RM100.

Sebagai peringatan, Samsung Galaxy A6+ dan A6 ini menggunakan skrin SAMOLED Infinity Display. Untuk A6+ ia dijana dengan pemproses 1.8 GHz, sistem dwi-kamera utama 16+5 Megapixel, kamera swafoto 24-Megapixel dan bateri sebesar 3500 mAh. Manakala, A6 pula dijana dengan cip 1.6 GHz, kamera utama 16-Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh.

Kedua-dua siri Galaxy A6 ini mempunyai pilihan memori 3/4 GB RAM dan storan dalaman sebesar 32/64 GB. Tawaran menarik ini akan tamat pada 31 Julai 2018.


TIPS & ULASAN