Facebook Dilaporkan Akan Menerbitkan Rancangan Realiti Dibintangi Cristiano Ronaldo

Facebook Dilaporkan Akan Menerbitkan Rancangan Realiti Dibintangi Cristiano Ronaldo

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Siapakah pemain bola sepak terbaik di dunia sekarang? Bergantung kepada pasukan mana yang anda sokong, jawapan ini akan berbeza dari individu ke individu. Saya secara peribadi merasakan gelaran ini sesuai diberikan kepada Christiano Ronaldo, pemain bola sepak Portugal yang bermain untuk kelab Real Madrid. Menurut laporan Variety, beliau akan kelak membintangi siri realiti yang diterbitkan khusus untuk Facebook Watch,

Facebook TVRancangan realiti yang mengandungi 13-episod ni ialah sebuah lagi usaha agresif Facebook untuk menjadikan Watch sebagai platform penstriman video pilihan. Beliau dilaporkan akan menerima bayaran $10 juta (~RM 40.3 juta) untuk menjadi bintangĀ  utama rancangan ini. Rancangan berbentuk sukan didapati mendapat sambutan yang amat baik di kalangan pengguna.

Baru pagi ini Facebook memenangi bidaan untuk penyiaran secara langsung perlawanan liga EPL di Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pada waktu yang sama mereka juga baru melancarkan IGTV untuk kandungan video menegak berdurasi panjang. Adakah dengan adanya rancangan Ronaldo ini akan akan menggunakan Watch?


TIPS & ULASAN