Cari @ Amanz

Xiaomi Mi MIX 2S adalah telefon pintar Xiaomi pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Sewaktu pelancaran, Xiaomi turut melancarkan sebuah pengecas tanpa wayar Qi dengan kuasa 7.5 watt. Hari ini tertiris di laman Wireless Power Consortium – sebuah pengecas tanpa wayar Xiaomi yang baru telah disahkan.

Dari segi rekaan ia dilihat lebih tebal daripada apa yang Xiaomi lancarkan sebelum ini. Ini mungkin adalah variasi pengecas pantas tanpa wayar pertama mereka bagi menyaingi Samsung. Jika sebelum ini berwarna putih, pengecas tanpa wayar baru ini dilihat menggunakan warna kelabu gelap. Ia juga mungkin akan teruskan menggunakan port USB-C seperti sebelum ini.

Dari segi kuasa, harga dan tarikh pelancaran masih belum lagi diketahui. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd