Honor Play Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor Play Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Bulan lepas, Honor telah melancarkan sebuah telefon pintar yang memfokuskan permua – Honor Play. Hari ini, Honor Malaysia telah terbitkan poster acah di laman Facebook rasmi mereka – menunjukkan peranti ini bakal hadir ke pasaran tempatan.

Honor Play dijana dengan cip pemproses Kirin 970 – iaitu yang sama digunakan pada Huawei P20 dan Honor 10. Menjadikan peranti ini lebih menarik, ia menggunakan teknologi baru – GPU Turbo. Lebih menarik – Honor Play ini turut menggunakan RAM sebesar 6GB dan bateri berkapasiti 3750 mAh.

Tarikh dan harga masih lagi belum diketahui, jadi – sama-sama kita nantikan kehadiran telefon pintar gaming Honor ini di Malaysia.


TIPS & ULASAN