Semua Peranti Xiaomi Dengan Android Oreo Akan Menerima Sokongan LDAC
Artikel Berkaitan

Semua Peranti Xiaomi Dengan Android Oreo Akan Menerima Sokongan LDAC

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

LDAC adalah teknologi audio tanpa wayar yang diperkenalkan oleh Sony. Ia boleh digunakan melalui sambungan Bluetooth. Sokongan LDAC ini akan hadir pada semua peranti Xiaomi yang menjalankan Android Oreo.

Buat masa ini, fungsi LDAC ini hadir dalam MIUI versi pembangunan untuk pengguna di China. Menurut sumber, fungsi ini akan diteruskan sehingga kesemua versi MIUI Andorid Oreo stabil. Walau bagaimanapun, fungsi LDAC hanya boleh digunakan jika aksesori audio mempunyai sokongan ini – contoh adalah set fon telinga jenis Hi-Res

Bagi yang kurang mengenali apa itu LDAC – ia boleh menjadikan kualiti audio yang diterima melalui bluetooth tiga kali lebih baik. Trasmisi data boleh mencapai sehingga 990kbps – secara terus menghasilkan satu audio dengan kualiti yang tinggi.


TIPS & ULASAN