Samsung Galaxy S10 Dan S10 Plus Dijangka Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Samsung Galaxy S10 Dan S10 Plus Dijangka Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Diterbitkan pada July 7, 2018 oleh .

Walaupun Samsung hanya dijangka memperkenalkan Galaxy S10 pada Februari 2019 kelak, namun, desas-desus awal mengenai telefon pintar berkenaan telah pun kedengaran satu demi satu. Terkini, laporan baru hadir melalui TheBell mengatakan Samsung akan menyertakan pengimbas cap jari pada skrin di Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus.

Pengenalan pengimbas cap jari pada skrin ini sedia dijangka ramai – apatah lagi dengan ramai pengeluar melihat ke arena penawaran telefon pintar berskrin menyeluruh. Sebelum ini, Huawei dan Vivo masing-masing telah hadir dengan penawaran komersial mereka yang menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Laporan sama turut menekankan yang mana Samsung akan memperkenalkan tiga variasi peranti dibawah siri Galaxy S10 – masing-masing dikenali dengan nama kod Beyond 0, Beyond 1 dan juga Beyond 2. Beyond 1 dan Beyond 2 adalah model Galaxy S10 dan S10 Plus, sementara Beyond 0 dikatakan adalah versi model asas yang pertama kali akan diperkenalkan bersama ketika pelancaran Galaxy S10 kelak.

Laporan baru ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang menyentuh mengenai tiga variasi telefon pintar dibawah siri Galaxy S10.

Samsung Galaxy S9

Menariknya juga, model asas Beyond 0 dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian tepi – lebih kurang seperti pada peranti Sony beberapa tahun lepas. Sekiranya hal ini benar, maka ia akan menjadikan pertama kali Samsung hadir dengan rekabentuk seumpamanya.

Dengan pelbagai ketirisan informasi baru ini, semestinya ramai yang akan lebih menantikan Galaxy S10 yang bakal membawakan rekaan peranti serba baru – selepas rekaan peranti Galaxy S9 dan Galaxy S8 yang lebih kurang sama sebelum ini.


TIPS & ULASAN