Samsung Gear S4 Mungkin Hadir Dengan Wear OS

Samsung Gear S4 Mungkin Hadir Dengan Wear OS

Diterbitkan pada July 7, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Samsung, mungkin sedia maklum yang mana gergasi peranti dari Korea Selatan berkenaan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 9 pada bulan hadapan.

Selain daripada telefon pintar, Samsung juga dijangka memperkenalkan sebuah peranti boleh-pakai pada acara sama, berkemungkinan adalah kemaskini kepada Samsung Gear S3 sebelum ini.

Terkini, desas-desus awal hadir mengatakan yang mana Gear S4 berkenaan kelak mungkin dinamakan Galaxy Watch, dan menjalankan WearOS dan bukannya Tizen seperti sebelum ini.

Jam tangan pintar ini turut dijangka menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan untuk memantau kadar tekanan darah, selain untuk tujuan kecergasan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai jam tangan pintar baru daripada Samsung ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN