Oppo A5 Diperkenalkan Di China Dengan Skrin Bertakuk 19:9 Dan Bateri 4320mAh
Aman
Oppo mempunyai beberapa penawaran peranti mampu-milik dibawah mereka, dan terkini, Oppo menambah satu lagi telefon pintar dibawah mereka, iaitu Oppo A5.
Oppo A5 hadir dengan skrin 6.2-inci dengan paparan HD+ (720×1520 pixel), menyertakan rekaan bertakuk dan dikatakan menawarkan nisbah skrin ke peranti mencapai 87.9%.

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Oppo menyertakan dwi-kamera belakang gabungan lensa 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Seperti beberapa telefon pintar Oppo lain, mereka turut menyertakan sokongan rakaman dijana kecerdasan buatan pada telefon pintar ini.
Oppo A5 juga hadir dengan bateri 4320mAh, selain turut menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm.
Di China, Oppo A5 ini ditawarkan pada harga mencapai RMB1,500 iaitu sekitar RM912.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.