Carian
Groupon Dilaporkan Sedang Mencari Pembeli Untuk Syarikatnya
July 8, 2018 Aman

GrouponGroupon merupakan salah satu laman jual-beli berkumpulan yang popular sekitar sedekad yang lepas. Sejak ia dilancarkan pada 2008 yang lepas, ia telah mencuri perhatian ramai – malah telah menjadi salah satu laman yang dituju ramai setiap hari.

Ketika popularitinya tinggi, ia dilaporkan beberapa pihak ingin mendapatkannya pada harga berbilion – termasuk Google. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lepas, popularitinya semakin merudum. Malah, operasinya dibeberapa negara turut telah dijual, termasuk di Malaysia.

Kini, menurut laporan Recode, pihak Groupon dikatakan sedang mencari pembeli baru untuk syarikat mereka. Salah satu sebabnya adalah kerana popularitinya yang semakin menurun, sekaligus membuatkan pendapatan syarikat mereka juga turut berkurangan.

Beberapa pihak dinamakan mungkin menjadi pembelinya, termasuk salah satunya adalah Alibaba.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai masa depan dan nasib Groupon dalam minggu-minggu akan datang.

Komen