Google Play Games Sedang Menguji “Hub” – Memaparkan Berita Dan Permua Yang Sohor Kini

Google Play Games Sedang Menguji “Hub” – Memaparkan Berita Dan Permua Yang Sohor Kini

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Google Play Games adalah aplikasi daripada Google yang memaparkan senarai permua yang dipasang, skor dan juga profil gaming pengguna. Terbaru daripada Google Play Games adalah “Hub” – satu halaman yang memaparkan berita untuk permua yang di pasang dan juga permua yang sohor kini.

Konsep “Hub” dalam Google Play Games ini adalah hampir sama dengan Google Feeds yang memaparkan berita terkini berdasarkan minat atau carian pengguna. Akan tetapi untuk Google Play Games – kandungannya tidak boleh diubah atau dibuang seperti Google Feeds.

Dalam bahagian sohor kini, ia memaparkan permua yang popular, banyak muat turun dan juga yang paling banyak orang beli. Manakala di bahagian berita – ia memaparkan berita atau info daripada pembangun atau media untuk semua permua yang terpasang di dalam peranti.

Jika anda ingin cuba fungsi “Hub” ini, anda boleh muat turun Google Play Games versi 5.10.608. Tetapi ia juga mungkin kemaskini di bahagian server kerana selepas saya pasang – fungsi ini masih tidak dipaparkan.

Muat Turun: Google Play Games Di Google Play Store


TIPS & ULASAN