Cari @ Amanz

Vivo NEX ialah telefon pintar yang pertama dilancarkan dengan rekaan hampir semua skrin yang melitupi lebih 90% permukaan hadapan peranti. Sejak dilancarkan di China pada permukaan Jun lalu, ia mendapat liputan yang banyak keran penggunaan kamera hadapan yang melungsur keluar serta pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Pihak Vivo Malaysia telah mengesahkan hari ni bahawa NEX akan dilancarkan di pasaran tempatan pada suku ke-tiga 2018.

Vivo NexDari segi spesifikasi, Vivo Nex hadir dengan skrin 6.59-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, storan 256GB, kamera utama 12+ 5 Megapixel di belakang, kamera 8-megapixel yang boleh disembunyikan untuk rakaman swafoto dan bateri sebesar 4000 mAh. Tiada maklumat mengena tarikh dan harga jualan di Malaysia diumumkan pada waktu ini.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd