Mark Zuckerberg Kini Adalah Manusia Ketiga Terkaya Di Dunia

Mark Zuckerberg Kini Adalah Manusia Ketiga Terkaya Di Dunia

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook kini telah pun mendahului Warren Buffett, sekaligus menjadi manusia ketiga terkaya di dunia. Melalui data yang dihimpunkan Bloomberg, Mark Zuckerberg kini mempunyai kekayaan bernilai $81.6 bilion (~RM329 bilion).

Dengan kekayaan ini, Mark Zuckerberg yang berusia 34 tahun ini hanya dibelakang Jeff Bezos (pengasas Amazon) dan juga Bill Gates (pengasas Microsoft).

Mark Zuckerberg kini mempunyai beberapa aplikasi yang aktif digunakan ramai dibawah beliau, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Pada tahun ini, ia dilihat pihak Facebook lebih memfokuskan kepada Instagram dengan format perkongsian “Stories” yang semakin popular.


TIPS & ULASAN