Samsung Galaxy S10+ Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Lima Kamera

Samsung Galaxy S10+ Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Lima Kamera

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S10 hanya akan dilancarkan sekitar Februari 2019 kelak, namun, pelbagai desas-desus telah kedengaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terbaru, laporan daripada TheBell hadir menyentuh penawaran kamera yang bakal ditawarkan bersama-sama Galaxy S10 kelak.

Melalui sumber-sumber industri, ia dilaporkan yang mana Samsung Galaxy S10+ bakal hadir dengan lima kamera terbina padanya – dimana dua dihadapan untuk rakaman swafoto, dan tiga kamera dibahagian belakang.

Langkah ini sekaligus akan menjadikan Galaxy S10+ turut mengikut trend baru yang menyertakan sehingga tiga kamera belakang pada telefon pintar untuk rakaman yang lebih cantik. Ia dikatakan kamera ketiga akan hadir dengan penawaran rakaman sudut-luas pada telefon pintar berkenaan – sehingga 120-darjah.

Untuk rakaman swafoto, ia akan menyertakan dwi-kamera hadapan seumpama pada siri Galaxy A sebelum ini. Pengenalan dwi-kamera hadapan pada siri Galaxy S akan menjadi pertama pada Galaxy S10+ kelak.

Selain model Galaxy S10+, model lain dijangka akan terus mengekalkan penggunaan hanya satu kamera untuk rakaman swafoto.

Seperti biasa, kami akan terus berkongsi pelbagai desas-desus terkini berkaitan telefon pintar mercu terbaru daripada Samsung untuk tahun 2019 ini. Selain Samsung, LG juga diperkatakan bakal hadir dengan telefon pintar menggunakan lima kamera.


TIPS & ULASAN