Cari @ Amanz

Adakah anda masih memerlukan telefon pintar dengan papan kekunci fizikal? Mempunyai nostalgia dengan peranti keluaran BlackBerry? Berita pagi ini pasti menggembirakan anda kerana BlackBerry Key2 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga RM2599 sebuah bermula 12 Julai ini.

BlackBerry Key2

BlackBerry Key2 hadir dengan skrin 4.5-inci LCD dengan nisbah 3:2, selain papan kekunci fizikal pada bahagian bawah. Rekaan bingkai juga sedikit dinipiskan, termasuk saiz papan kekunci yang lebih baik berbanding model terdahulu. BlackBerry juga turut menambah sebuah kekunci khusus dinamakan Speed Key yang membolehkan anda menggunakannya untuk mengakses sekitar 52 pintasan dengan pantas.

Telefon pintar ini turut menggunakan cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, storan 64B, kamera utama 12+12 Megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri sebesar 3500mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 menerusi port USB-C pada peranti ini. Di Malaysia hanya model dengan storan 64GB sahaja akan ditawarkan.

Bagi pengguna yang gemarkan tawarkan menarik, BlackBerry Key2 akan dijual pada harga RM2499 menerusi laman Shopee bermula jam 9 pagi 12 Julai hadapan. Pembeli turut akan menerima sebuah kit pampas tangan Bluetooth bernilai RM109 secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd