Carian
Pengguna Malaysia Boleh Pra-Tempah Surface Go Bermula 2 Ogos
July 10, 2018 Aman

Microsoft hari ini telah hadir dengan tablet bersaiz kompak mereka bersaiz 10-inci, dinamakan Surface Go. Berkongsi lanjut mengenainya, Microsoft Malaysia kini mengesahkan yang mana Surface Go boleh dipra-tempah pengguna tempatan bermula 2 Ogos kelak.

Surface Go memfokuskan kepada penawaran peranti Surface pada harga mampu-milik, selain memudahkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dimana-mana.

Surface Go hadir dengan skrin 10-inci, dijana cip Intel Pentium Gold 4415Y generasi ketujuh, dan dikatakan menawarkan penggunaan bateri selama 9 jam lamanya.

Buat masa ini, harga jualan Surface Go untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Microsoft Malaysia sekadar mengatakan pra-tempahan akan boleh dilakukan bermula 2 Ogos kelak.

Komen