Cip Snapdragon 845 Menyokong Nyahkunci Imbasan Multi-Wajah

Cip Snapdragon 845 Menyokong Nyahkunci Imbasan Multi-Wajah

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Sejak iPhone X dilancarkan dengan sensor 3D khas untuk nyahkunci imbasan wajah – banyak pengeluar mula mengintegrasikan sistem nyahkunci ini di dalam peranti mereka, lebih-lebih lagi peranti Android. Terkini, menurut laporan sebenarnya – cip Qualcomm Snapdragon 845 menyokong nyahkunci imbasan multi-wajah.

Ini bermakna, pengguna boleh mendaftarkan lebih dari satu wajah dalam satu peranti untuk kemudahan bersama. Contohnya, seorang bapa dan anak atau juga suami dan isteri yang tiada rahsia antara satu sama lain. Jumlah wajah yang boleh didaftarkan masih belum diberitahu.

Tambahan dari pihak Qualcomm – fungsi ini khusus untuk cip kelas utama Snapdragon 845 sahaja dan tiada pada cip lain seperti Snapdragon 835 atau Snapdragon 660. Setakat ini, peranti-peranti dengan Snapdragon 845 yang telah kami cuba – masih tidak lagi mempunyai sokongan ini. Ia mungkin akan hadir dalam kemaskini akan datang seperti yang Apple lakukan untuk iPhone X dalam iOS 12.


TIPS & ULASAN