Geseran menyebabkan banyak kuasa dibazirkan ketika pada enjin dan sistem gear. Kuasa input yang keluar lebih rendah dari ouput dalam bentuk haba dan bunyi. Sistem pengayuh CeramidSpeed DriveEn didakwa mempunyai kecekapan pemindahan kuasa kayuhan pada tahap 99%.
Ini dilakukan dengan menggunakan bahan seramik pada gear dan aci pemandu yang lebih efisien berbanding sistem rantai yang digunakan pada majoriti basikal. Dengan pengurangan geseran, peratusan kecekapan pemindahan kuasa meningkat dengan mendadak. Sekaligus setiap kayuhan akan memberikan output kuasa yang lebih tinggi.
Sistem DriveEn ini walau bagaimanapun masih belum mampu digunakan pada basikal yang menggunakan sistem gear yang boleh diubah. Pembangunan masih diteruskan dan ia masih belum dihasilkan untuk kegunaan komersial.