Penganalisa : Penghasilan iPhone X Dan iPhone SE Dihentikan, Fokus Kepada Model iPhone 2018

Penganalisa : Penghasilan iPhone X Dan iPhone SE Dihentikan, Fokus Kepada Model iPhone 2018

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Pada awal tahun 2018, KGI melaporkan di mana Apple iPhone X akan dihentikan penghasilannya bermula pertengahan tahun 2018 kerana kekurangan sambutan. Kini, penganalisa telah mengesahkan pada suku ketiga 2018 iPhone X dan iPhone SE akan mula dihentikan penghasilannya.

Maxis iPhone SE

Dengan kehangatan model-model iPhone 2018 bakal dilancarkan beberapa bulan sahaja lagi – Apple menghentikan penghasilan dua model iPhone ini kerana ingin fokus pada penghasilan iPhone model baru.

Selain itu disebabkan permintaan model iPhone 2018 ini dikatakan lebih ramai – Apple akan menghasilkan sebanyak 91 Juta unit  pada tahun ini dan mereka turut mensasarkan penghasilan sebanyak 92 Juta unit  pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN